Wednesday, 8 May 2013

Cara Muat Turun & Menetapkan Subtitle Movie

Bukan semua movie yang kita download dari Internet ditetapkan dengan subtitle yang betul dan memuaskan hati untuk menonton movie. Sesetengah movie telah dilabelkan "Hard Subbed" mempunyai subtitle yang tidak boleh diubah dan telah sebati dalam movie. Manakala movie yang berlabel "Soft Subbed" bermaksud movie itu telah ditetapkan dengan subtitle tetapi masih boleh diubah. Jika movie yang anda download tidak mempunyai subtitle, anda boleh dapatkannya di http://subscene.com/

Firstly, pergi ke web http://subscene.com/, dan cari tajuk movie yang sama dengan movie anda. Jika terdapat banyak tajuk yang sama, mungkin poster-poster movie dapat membantu anda memilih tajuk yang betul. Sebagai contoh, search tajuk "Mama".

Selalunya tahun akan disertakan dengan tajuk, jika movie anda download pada tahun ini, pilih yang berkaitan. Clik pada tajuk movie dan beberapa subtitle akan disenaraikan mengikut bahasa dan jenis. Pilih bahasa yang sesuai mengikut tajuk file name. Jika file movie anda bertajuk "Mama.DVDrip.avi" bermaksud movie itu merupakan version DVDrip. Contoh lain sekiranya bertajuk "Mama.BluRayRip.avi" bermaksud version BluRay. Oleh itu cari tajuk yang berkaitan, dan jika anda tidak tahu version atau file movie itu telah rename ke nama lain contohnya "Mama.avi" cuba refer kembali web anda download movie itu.Selalunya version movie akan dinyatakan contohnya "Mama.2013.DVDRip.AC3-5.1.XviD-AXED".

Column pertama adalah bahasa untuk subtitle, column kedua untuk tajuk atau nama file movie, column ketiga untuk bilangan part movie. Sebagai contoh, jika anda download movie yang mempunyai 2 part, contohnya "Mama.part1.avi" dan "Mama.part2.avi" anda perlu mencari subtitle yang dinyatakan 2. Gambar diatas menunjukkan 1 bermaksud untuk movie yang hanya mempunyai 1 part. Column 4 pula menunjukkan comment subtitle dari uploader sendiri, sama ada tidak lengkap, telah diperbaiki dan sebagainya.

Sebelum anda download subtitle yang telah dipilih, baca dahulu comment dari user yang telah di rating. Jika comment tidak elok dan buruk, cuba subtitle yang lain. Jika tiada masalah, download subtitle yang anda suka.

Subtitle akan di download dalam file .zip atau .rar. Pastikan file movie berada dalam folder sendiri supaya tidak berselerak atau hilang. Letak file subtitle tadi di dalam folder movie dan extract file tersebut seperti diatas.

Rename kan tajuk subtitle anda sama seperti nama file movie. Sekiranya tajuk file movie dan subtitle sama, subtitle akan autodetect setiap kali anda play movie. Sebagai contoh dari gambar diatas ke gambar dibawah.


Selepas rename kan kedua-dua file tersebut, cuba play movie untuk check subtitle itu sepadan atau tidak. Check sama ada subtitle dipaparkan semasa dialog mengikut timing anda rasakan betul. Jika timing terlalu cepat,terlalu lambat, salah atau tidak kena dengan dialognya, cuba download subtitle selain yang anda pilih tadi.


Jika semuanya sepadan, anda telah berjaya menetapkan subtitle dengan movie. Sekiranya cara ini tidak berkesan atau malas, tanpa perlu rename subtitle tersebut, drag file subtitle ke movie yang anda play dan subtitle akan dipaparkan sendiri. Tetapi cara ini anda perlu buat setiap kali anda play movie, kecuali anda renamekan subtitle dan movie sama tajuknya seperti langkah sebelum ini.


No comments:

Post a Comment