Monday, 13 May 2013

Cara Mudah Install Font Baru dan Menarik

Assalamualaikum, post kali ni saya nak bagi tutorial tentang cara untuk install font pada operating system anda, iaitu kebanyakannya menggunakan Microsoft Windows 7. Bila anda install font terus ke dalam system, automatik font ini boleh digunakan pada semua software lain seperti Microsoft Office, Adobe, dan sebagainya. Jika anda mencari font template yang specific untuk software tertentu memang agak susah digunakan. Download font anda minat atau menarik yang hendak digunakan di mana-mana web yang menawarkan free font download dan pastikan file font itu merupakan format ".ttf" Anda boleh dapatkan font percuma di http://www.dafont.com
























Pilih font yang anda suka dan klik download. Download window akan pop-up, dan pilih mana-mana tempat untuk simpan file tersebut. File yang di download adalah archieve sama ada ".rar" atau ".zip".


 Selepas download selesai, buka location file anda dan klik "extract here".


 Selepas anda extract file tersebut, beberapa file akan muncul dan pilih serta copy file yang berformat ".ttf"


Kemudian, klik start menu dan search "font" dalam search box. Buka folder yang paling atas iaitu "Fonts". "Preview, delete, or show and hide fonts" dan "View installed fonts" merupakan folder yang sama seperti "Fonts".


 Di folder "Fonts" akan kelihatan semua font yang ada dalam operating system anda. Anda boleh mengubah sebarang settings font di sini sama ada hendak delete, install baru atau hide font. Klik kanan dan paste file font yang baru tadi untuk install. Pop-up window "Installing Fonts" seperti di bawah akan kelihatan.


 Jika pop-up keluar seperti di bawah, bermaksud font tersebut telah di install dalam operating system anda. Klik "Yes" untuk overwrite dan replace.


 Selepas selesai install font tersebut, anda boleh menggunakannya seperti biasa pada semua software anda.

Microsoft Office 2010

Adobe Photoshop CS5



No comments:

Post a Comment